"Pemikiran bertahan" Fabinho bantu Liverpool -- Klopp

Oleh Staff Writer 13 Januari 2019 3193
Jurgen Klopp percaya "pemikiran bertahan" Fabinho membenarkan beliau meletakkan pemain itu sebagai benteng terakhir The Reds tanpa sebarang masalah.

Kecederaan memaksa pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu meneruskan saingan tanpa beberapa tonggak utama dan Fabinho telah dipanggil mengisi kekosongan selaku pertahanan tengah.

Pemain tengah kelahiran Brazil itu bergandingan dengan Virgil van Dijk ketika Liverpool meraih kemenangan 1-0 ke atas Brighton and Hove Albion semalam, sekali gus memastikan gawang gol skuad pimpinan Klopp itu tidak dibolosi.

Bekas pengendali Borussia Dortmund itu berpendapat kepelbagaian dalam permainan Fabinho membenarkan mereka mengatasi krisis kecederaan yang melanda pasukan.

"Fabinho seorang pemain yang berkualiti," kata Klopp. "Memiliki pemain seperti Fabinho benar-benar membantu.

"Ia bukan mengenai serangan demi serangan tetapi kami lebih kerap mengawal permainan.

"Brighton cuba melakukan hantaran jauh mencari Glenn Murray tetapi Fabinho bijak mengatasi situasi itu.

"Dia memiliki pemikiran bertahan dan boleh bermain di banyak posisi."

Jaringan Mohamed Salah menerusi sepakan penalti memastikan Liverpool kembali menemui rentak kemenangan.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen