Mason Mount menjelaskan Chelsea kekal positif tatkala mereka memburu kemenangan pertama di laman sendiri musim ini apabila melayan kunjungan Grimsby Town dan Brighton and Hove Albion.

Skuad kendalian Frank Lampard itu tewas 2-1 di tangan Liverpool minggu lalu sambil melalui empat aksi di Stamford Bridge tanpa kemenangan.

Berdepan pendahulu, Liverpool, The Blues mempamerkan aksi terpuji tetapi jaringan N'Golo Kante sekadar merapatkan jurang.

"Kami melalui tempoh di mana kami beraksi baik tetapi dihukum akibat tindakan salah," katanya.

"Kami positif selepas aksi tersebut, fokus kepada dua perlawanan akan datang dan mahu menang. Ia aksi sukar tetapi saya fikir sebaik sahaja meraih kemenangan pertama di laman sendiri, diharapkan kami mampu menghadapinya.

"Saya rasa peminat melihat bagaimana kami berusaha dalam perlawanan. Mereka mungkin berfikir mampu meraih sesuatu di penghujung aksi.

"Ia akan berakhir seri jika kami menghasilkan gol. Mereka menyaksikan perlawanan dan boleh melihat bagaimana ia berjalan serta mahu menang dengan lencana di dada. Jadi, ya, kemenangan di laman sendiri diperlukan.

"Kami perlu fokus dan diharapkan mampu melakukannya dalam aksi seterusnya.

"Sudah tentu kami perlu lebih banyak menang di laman sendiri. Jika anda lihat, kami meraih sesuatu yang positif dalam setiap perlawanan.

"Kami perlu menang di laman sendiri dan ia memerlukan fokus," katanya lagi.