Paul Scholes berasakan Manchester United memerlukan pemain-pemain berkualiti seperti Eden Hazard atau Kevin De Bruyne untuk menjadikan mereka pesaing utama Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi menjelaskan Lionel Messi akan turut bergelut jika bersama pasukan itu.

United melakukan permulaan yang paling teruk dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan skuad kendalian Jose Mourinho itu hanya meraih 10 mata dalam tujuh perlawanan setakat ini.

Kebangkitan yang dipamerkan ketika mengatasi Newcastle United 3-2 mampu mencetus sesuatu buat pasukan tetapi Scholes tidak percaya mereka berkemampuan untuk mencabar gelaran musim ini.

Scholes memetik nama seperti gandingan Manchester City, David Silva dan De Bruyne, di samping pemain Chelsea, Hazard –- yang kini merupakan penjaring terbanyak EPL -- sebagai penanda aras.

"Saya melihat kepada skuad United dan berasakan tidak banyak kualiti yang mereka miliki," kata Scholes.

"Mereka masih lagi memerlukan pemain berkelas dunia.

"De Bruyne, Hazard atau David Silva, pemain yang menggabungkan bahagian tengah dan serangan.

"Bagaimanapun, saya berasakan mana-mana pemain akan bergelut menyertai United. Saya berasakan kami mampu menandatangani Messi ketika ini dan akan bergelut dalam pasukan."

United membawa masuk Alexis Sanchez bagi mencetus kesebelasan utama United, Januari lalu tetapi Scholes menjelaskan beliau tidak percaya penyerang Chile itu mampu mengisi kekosongan pasukan.

"Saya mengetahui kualiti yang dimiliki Sanchez. Tetapi saya tidak nampak dirinya sebagai salah seorang pemain United.

"Dia mementingkan diri sendiri, seseorang yag bermain bukan untuk pasukan.

"Saya tidak bersakan dia pemain yang diperlukan United, terutama sekali dengan wang yang telah dilaburkan.

"Membawa masuk Sanchez berlaku seperti mahu menghalang City daripada mendapatkan khidmatnya."

United akan berkunjung ke Stamford Bridge, Sabtu ini, sebelum menerima kehadiran Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL).