Santi Cazorla masih belum menerima sebarang tawaran kontrak baru bersama Arsenal tatkala pemain tengah itu bergelut untuk mendapatkan kembali kecergasan terbaik susulan masalah kecederaan yang mengerikan.

Pemain skuad kebangsaan Sepanyol itu tidak beraksi secara kompetitif buat kelab berkenaan sejak Oktober 2016 tetapi kini sudah mula menjalani latihan ringan.

Cazorla menjalani beberapa pembedahan di bahagian pergelangan kaki kanannya selepas jangkitan menyebabkan dia berisiko kakinya dipotong.

Pemain berusia 33 tahun itu berusaha keras untuk kembali pulih tetapi tidak tahu sama ada dia akan kekal bersama Arsenal musim depan atau tidak kerana kontrak sedia adanya bakal tamat pada akhir musim ini.

“Saya bakal menuju pengakhiran kontrak pada Jun dan tidak tahu apa kesudahannya,” kata Cazorla kepada Cadena SER.

“Kami akan melihat apa yang berlaku tetapi buat masa ini, masih belum ada sebarang tawaran daripada Arsenal.”