Masa Rooney untuk England sudah berakhir -- Hurst

Oleh Staff Writer 23 Ogos 2017
Masa Rooney untuk England sudah berakhir -- Hurst
Wira England, Geoff Hurst, menyatakan bahawa pengurus pasukan, Gareth Southgate, sepatutnya memberitahu kepada Wayne Rooney bahawa kariernya bersama The Three Lions sudah berakhir.

Rooney telah menjaringkan dua gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak meninggalkan Manchester United dan kembali bersama Everton, memberikan petanda kepada Southgate untuk menerimanya semula untuk aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Malta dan Slovakia bulan depan.

Southgate telah membuka pintu kepada bekas kapten pasukan itu untuk kembali bersama pasukan selepas penyerang yang sedia ada, Marcus Rashford, Jermain Defoe dan Harry Kane masih belum menemui sentuhan jaringan musim ini.

Tetapi Hurst tidak mempercayai kebangkitan Rooney pada awal musim ini akan dapat diteruskan, apatah lagi mengetuai jentera serangan England yang kali terakhir bersama pasukan pada November 2016.

"Southgate telah membuat beberapa keputusan yang tegas dan saya berasakan beliau mampu melakukannya sekali lagi, untuk memberitahu kepada Rooney bahawa kariernya bersama England sudah berakhir," kata Hurst.

"Dia seorang pemain yang sangat berkualiti. Namun, kurang beraksi bersama Manchester United musim lalu adalah petanda bahawa dia tidak mampu untuk melakukan yang terbaik bersama England. Pada pendapat saya, masanya bersama England sudah berakhir."

Selepas menjaringkan gol ke-200 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika seri 1-1 dengan Manchester City, Rooney menyatakan dia akan berhubung dengan Southgate untuk membincangkan mengenai masa depannya di pentas antarabangsa.

"Saya kini memberikan fokus untuk Everton," kata Rooney. "Saya akan berbincang dengan Southgate mengenai beberapa perkara."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen

Baca Selanjutnya

Usah ragui persiapan Vingada -- Asmawi 

By 1 September 2017. 8.05 PM