Masa depan saya bersama Chelsea -- Willian

Oleh Staff Writer 13 Januari 2019 452
Masa depan saya bersama Chelsea -- Willian
Willian berkata masa depannya adalah bersama Chelsea, sekali gus mengetepikan sebarang laporan mengenai perpindahannya menyertai Barcelona.

Pemain kebangsaan Brazil itu berada dalam radar Barca selepas Chelsea dikatakan telah menolak tawaran kelab Catalan itu bagi mendapatkan khidmatnya.

Selepa menjaringkan gol kemenangan Chelsea ketika mengatasi Newcastle United 2-1 awal pagi tadi, Willian menetapkan pendiriannya dengan menjelaskan masa depannya terletak di Stamford Bridge.

"Masa depan saya? Di sini bersama Chelsea," katanya. "Saya tidak tahu apa yang anda cakapkan. Saya tidak melihat apa-apa dalam surat khabar."

Willian melakukan sentuhan penyudah berkelas dunia untuk memastikan tiga mata buat Chelsea, selepas Ciaran Clark menafikan gol pembukaan Pedro.

Berjaya mencari ruang dalam kotak penalti, Willian melepaskan rembatan mengatasi penjaga gol, Martin Dubravka.

"Ia merupakan jaringan yang cantik. Saya berjaya mencari ruang dan berjaya melepaskan rembatan."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen