Pemain Manchester United, Anthony Martial, menyifatkan rakan sepasukannya, Paul Pogba, sebagai pemain tengah terbaik dunia dan akan memenangi anugerah Ballon d'Or dalam masa lima tahun lagi.

Bekas pemain Juventus itu berada pada prestasi terbaik, menjaringkan gol dalam dua perlawanan awal buat United ketika menewaskan West Ham United serta Swansea City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Martial, yang turut berkongsi jumlah gol dengan Pogba, yakin bahawa satu hari nanti rakan senegaranya itu akan berjaya memecahkan monopoli Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi selama sembilan tahun untuk merebut anugerah pemain terbaik dunia itu.

“Kami mahu memenangi trofi bersama-sama di United dan kami juga ingin memenangi Piala Dunia untuk Perancis,” kata Martial.

“Jika dia terus bermain dan berkembang seperti sekarang, sudah tentu dia akan memenangi Ballon d'Or dalam masa lima tahun dari sekarang.

“Pogba memiliki mental yang kuat dan sentiasa pasti dengan dirinya. Seorang pemain yang sangat teknikal dengan bola.

“Saya boleh katakan bahawa dia mungkin seorang pemain tengah terbaik dunia,” tambahnya.

Pogba menjaringkan lima gol hasil daripada 30 penampilan dalam liga musim lalu.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.