Sadio Mane yakin Naby Keita mampu menampilkan persembahan terbaik di Anfield walaupun mengharungi permulaan hambar bersama Liverpool.

Keita telah menunjukkan petanda positif dalam beberapa aksi pembukaan musim ini tetapi masih lagi gagal menemui rentak terbaiknya ketika beraksi untuk RB Leipzig.

Pemain tengah Guinea itu masih lagi menyesuaikan diri beraksi di England dan kini dihimpit kecederaan hamstring yang menyaksikan dia diketepikan selama sebulan.

Mane, yang bergandingan dengan Keita bersama RB Salzburg, percaya pemain berusia 23 tahun itu akan menampilkan bakatnya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Dia seorang pemain berkualiti dan masih muda. Keita memiliki banyak perkara yang perlu dipelajari lagi," kata Mane.

"Kehadirannya telah mengejutkan ramai pihak tetapi bukan saya kerana saya mengenali Keita. Saya pasti dia akan memberikan yang terbaik untuk pasukan," ujarnya.

Liverpool telah mengelak daripada setiap kekalahan dalam 12 perlawanan liga tanpa berada pada tahap terbaik.

Mane menyedari bahawa tanggungjawab harus dipikul setiap pemain untuk menampilkan persembahan terbaik.

"Kami masih lagi berusaha untuk mencari ramuan terbaik dan kami bekerja keras untuk memberikan persembahan berkualiti.

"Liverpool perlu perlu menampilkan persembahan lebih baik untuk meneruskan momentum musim lalu," katanya lagi.