Makelele semakin hangat dikaitkan ke Chelsea 

Oleh Staff Writer 15 Jun 2019 6007
 Makelele semakin hangat dikaitkan ke Chelsea 
Claude Makelele telah mengosongkannya jawatannya selaku pengurus kelab Belgium, Eupen, di celah-celah laporan yang mengaitkannya dengan Chelsea.

Bekas tonggak Perancis itu berkelana ke kelab Pro League itu pada 2017 setelah sebelum ini menjadi pembantu jurulatih di Swansea City.

Makelele menjulang dua gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) di Chelsea yang hampir pasti mengakhiri jodohnya dengan Maurizio Sarri yang dilaporkan akan membimbing Juventus.

Frank Lampard dilaporkan sebagai calon kegemaran untuk menggantikan pengurus kelahiran Itali berkenaan dengan Makelele boleh menjadi sebahagian daripada kakitangannya, namun pengurus berusia 46 tahun itu enggan mengulas khabar angin itu dalam satu kenyataan di laman sesawang Eupen.

"Saya amat sedih untuk meninggalkan Eupen tetapi saya percaya ia adalah keputusan yang tepat untuk kedua-dua pihak dan ia membolehkan kelab untuk mengambil pendekatan dan arah yang baru," katanya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kelab, terutama (pengarah) Andreas Bleicher atas peluang yang mereka berikan sejak saya menyertai kelab ini setengah tahun yang lalu. 

"Buat pengganti saya, selamat berjaya."





 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen