Maguire sasaran utama Solskjaer selepas bertemu Leicester

Oleh Staff Writer 11 Ogos 2019 2888
Maguire sasaran utama Solskjaer selepas bertemu Leicester
Harry Maguire menjadi sasaran utama Ole Gunnar Solskjaer dalam jendela perpindahan selepas Manchester United bertemu Leicester City, Februari lalu.

Pengurus Manchester United itu berkata pertahanan tengah England itu telah membuktikan bahawa dia individu tepat untuk memperkasakan kembali pertahanan pasukannya selepas The Red Devils meraih kemenangan 1-0 dalam Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power musim lalu.

Maguire, yang menyertai United dengan yuran perpindahan yang dilaporkan bernilai £80 juta (RM402.9 juta) pada 5 Ogos lalu, sedang bersedia untuk melakukan penampilan pertamanya menjelang aksi pembukaan musim menentang Chelsea di Old Trafford, malam ini.

Solskjaer berkata pemain berusia 26 tahun itu sudah menunjukkan impaknya dalam bilik persalinan dan menjangkakan pemain itu akan memberikan "dimensi berbeza" buat pasukannya -- walaupun dia terdiam sejenak ketika membandingkan pemain itu dengan tonggak pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk.

"Saya gembira apabila kami memiliki Harry kerana dia akan menjadi pemain yang hebat buat kelab ini.

"Dia sentiasa sasaran utama saya.

"Saya menetapkan pendirian untuk memilikinya selepas kami menentang Leicester, sekurang-kurangnya kami perlu mencuba.

"Dia amat tenang ketika mengawal bola dan dia memberikan pasukannya dimensi yang berbeza.

"Dia sudah menunjukkan bagaimana kehadirannya nanti dan bagaimana impak yang akan dibawanya ke dalam pasukan.

"Harry seorang pemimpin, seorang pemain kebangsaan yang dikenali, mampu memberikan ancaman dan pertahanan yang amat baik.

"Saya tidak mahu membandingkan kami dengan Liverpool atau Harry dengan Van Dijk, namun saya tahu Harry akan memberikan impak yang besar buat kami," katanya.

Maguire merupakan salah seorang daripada tiga pemain baru yang diambil United dalam jendela perpindahan lalu, dengan  Daniel James dan Aaron Wan-Bissaka turut dibawa ke Old Trafford.

Ketibaan Maguire dan pasangan berusia 21 tahun itu, ditambah dengan penggunaan pemain muda, termasuk Mason Greenwood, Tahith Chong and Angel Gomes dalam perlawanan pramusim, membuktikan komitmen Solskjaer untuk membentuk pasukan berasaskan pemain muda.

"Saya boleh kira ia sebagai perjudian. Saya hanya mahu kekal terhadap apa yang saya percaya.

"Saya percaya kepada pendekatan ini untuk menguruskan pasukan bola sepak.

"Saya dibayar untuk menguruskan kelab ini dan ia bukan sekadar untuk mendapatkan keputusan yang baik bagi meningkatkan reputasi saya.

"Ia tentang untuk membawa kelab ini ke depan dengan laluan yang betul.

"Jika kami tidak mengambil keputusan ini sekarang, ia perlu dilakukan dalam tempoh 12 bulan, 18 bulan atau 24 bulan kerana pada satu tahap, pemuda-pemuda ini perlu menjadi sebahagian daripada Manchester United.

"Ituah yang sentiasa menjadi perhatian.

"Itulah permukaan dan dasar mengenai siapa yang anda mahu kekalkan.

"Bagi kami, untuk memberikan pemain muda peluang, kami menetapkan ia sebagai satu langkah yang tepat," tambahnya.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen