Ljungberg kembali sertai barisan kejurulatihan B-23 Arsenal 

Oleh Staff Writer 13 Jun 2018 595
 Ljungberg kembali sertai barisan kejurulatihan B-23 Arsenal 
Arsenal mengumumkan bekas tonggak, Freddie Ljungberg, akan kembali ke kelab itu sebagai ketua jurulatih baru pasukan B-23, bulan depan. 

Ljungberg sempat melatih skuad B-15 Arsenal pada musim lalu sebelum menyertai Wolfsburg pada Februari 2017 untuk menjadi pembantu kepada Andries Jonker.

Kini, dia kembali ke kelab di mana dia membuat lebih 200 penampilan.

Dia akan bekerja di bawah pengarah baru akademi, Per Mertesacker, dan teruja untuk kembali ke kelab berkenaan dengan cabaran baru.

Bekas pemain Sweden itu berkata: "Saya gembira dapat kembali ke kelab ini. Arsenal sentiasa menjadi tempat yang istimewa buat saya dan saya sangat teruja dengan peluang untuk bekerja dengan skuad B-23.

"Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pemain muda berbakat yang ada di kelab ini.

"Saya sangat mengenali mereka dan akan bekerja keras untuk membantu mereka agar terus berkembang dan menjadi pemain terbaik." 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen