Liverpool lepas peluang terhidang

Oleh Staff Writer 28 April 2018 9692
Liverpool lepas peluang terhidang
LIVERPOOL 0 STOKE 0

Liverpool dan penyerang sensasinya, Mohamed Salah, gagal menyempurnakan peluang menjaringkan gol apabila The Reds sekadar seri tanpa jaringan dengan Stoke City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield, sebentar tadi.


Segar dengan kemenangan 5-2 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) menentang AS Roma, Jurgen Klopp melakukan lima pertukaran dalam kesebelasan utama, namun tetap menurunkan Salah yang dalam pemburuan rekod penjaring terbanyak liga.

Beberapa percubaan Liverpool gagal menemui penyudah dan paling mengecewakan sudah pasti Salah yang terlepas peluang satu lawan satu dengan penjaga gol Stoke, Jack Butland.

Salah dengan 31 gol masih belum lagi memecahkan rekod penjaring terbanyak Liga Perdana sebanyak 32 gol dalam format 38 perlawanan liga. 

Keputusan seri ini memberikan kelegaan buat Stoke yang masih dalam usaha untuk terus kekal dalam EPL sementara Liverpool keciciran mata ketika saingan berbaki dua perlawanan untuk terus memberikan tekanan kepada Manchester United dalam perebutan gelaran naib juara liga.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen