MANCHESTER CITY 1 LEICESTER 0

Pep Guardiola mendakwa persaingan gelaran Liga Perdana Ingerris (EPL) adalah mudah buat Liverpool kerana mereka turun tanpa tekanan yang sama seperti Manchester City.


City kembali ke puncak EPL hasil kemenangan 1-0 ke atas Leicester City yang disempurnakan oleh jaringan Vincent Kompany.

Guardiola akan berdepan Brighton and Hove Albion untuk perlawanan terakhir EPL dengan kemenangan ke-14 berturut-turut akan memastikan mereka mempertahankan gelaran yang dmenangi musim lalu.

Liverpool memberikan tekanan kepada City sepanjang musim, dengan skuad kendalian Jurgen Klopp itu memenangi lapan perlawanan EPL berturut-turut di samping melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Guardiola dan Klopp sentiasa menghormati satu sama lain sepanjang persaingan takhta liga sebelum pengendali City itu melancarkan permainan minda menjelang aksi terakhir hujung minggu ini.

"Masalahnya adalah cara kami bermain," kata Guardiola.

"Kami mengatasi Burnley 1-0 tetapi kami tidak membenarkan lawan mendapat sepakan sudut dan hanya satu sepakan tepat ke arah pintu gol. Kami jauh lebih baik berbanding lawan.

"Dalam aksi berdepan Leiceser, City menampilkan persembahan terbaik dalam babak kedua, dengan kemenangan ini memastikan City kekal dalam persaingan takhta liga.

"Liverpool tidak menghadapi tekanan yang sama kerana menyedari penentuan juara EPL bukan di tangan mereka.

"Sebaliknya, ia bergantung kepada kemenangan kami. Hanya tinggal satu perlawanan lagi dan kami akan berusaha untuk melakar kemenangan bagi mempertahankan gelaran EPL," katanya.