Pengurus Derby County, Frank Lampard, mengintai pasaran Liga Perdana Inggeris dengan meminjam khidmat pemain Chelsea, Mason Mount, serta pemain Liverpool, Harry Wilson.

Duo muda berbakat berkenaan akan menghabiskan musim ini di Pride Park di bawah bimbingan bekas pemain Blues tersebut.

Pemain tengah, Mount, 19, menjaringkan 14 gol ketika dipinjamkan ke kancah Eredivisie bersama Vitesse Arnhem, sementara pemain antarabangsa Wales berusia 21 tahun, Wilson, menyumbat tujuh jaringan berturut-turut untuk Hull City.

Aksi pertama membabitkan Lampard dalam saingan Liga Kejuaraan sebagai pengurus Rams adalah menentang Reading pada 3 Ogos depan sebelum aksi persahabatan dengan Leeds United, lapan hari kemudian.