Lacazette rehat hingga bulan depan

Oleh Staff Writer 14 September 2019 193
Lacazette rehat hingga bulan depan
Alexandre Lacazette terpaksa diketepikan hingga bulan depan gara-gara kedeceraan buku lali, demikian diumumkan pasukannya, Arsenal.

Pemain itu telah menjaringkan dua gol musim ini, namun tidak akan menyertai kunjungan Arsenal ke Watford malam esok.

Dia juga akan diketepikan ketika The Gunners memulakan kempen Liga Europa menentang Eintracht Frankfurt minggu depan.

Arsenal mendapati Lacazette sudah lama mengalami kesakitan di buku lalinya, namun yakin pemain itu akan kembali memperkuatkan pasukan bulan depan.

"Selepas pemeriksaan terhadap masalah berterusan di buku lalinya, kami menasihatkan agar Alex berehat dan menguatkan pergelangan kakinya untuk mendapatkan semula kecergasan terbaik," kata kenyataan pasukan berkenaan.

"Alex telah bertarung dengan kecederaan ini selama beberapa minggu."

Lacazette juga berkemungkinan akan terlepas pertemuan liga dengan Manchester United, 30 September ini.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen