Klopp: Liverpool tidak terfikir untuk berhenti

Oleh Staff Writer 20 Julai 2019 1024
Klopp: Liverpool tidak terfikir untuk berhenti
Jurgen Klopp berasakan cara Liverpool meraikan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah sebagai "amat membahagiakan" dan "tidak akan terfikir untuk berhenti" daripada mengejar kejayaan lebih besar.

Pengendali berbangsa Jerman itu memenangi trofi pertamanya sejak menjadi pengurus Liverpool selepas membawa The Reds menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 untuk menjadi juara Eropah pada penghujung musim lalu.

Kejayaan itu disusuli dengan keraian luar biasa di Madrid dan berlarutan ke Merseyside.

Dan Klopp mengakui dia tidak dapat melupakan saat-saat itu, termasuk ketika berarak di atas bas dengan bumbung terbuka dan menginginkan lebih banyak trofi di Anfield.

"Saya amat-amat gembira.

"Terlalu banyak untuk diperkatakan dan ia salah satu perkara terbaik yang pernah disaksikan dalam hidup saya.

"Semua orang berkata ia akan menjadi sesuatu yang istimewa jika anda memenangi sesuatu dengan Liverpool dan ia bukti yang nyata.

"Saya berfikir 'Wah, ia amat hebat!', kemudian bas itu tiba dan anda seperti, 'Apakah yang sedang berlaku?'

"Saya tidak dapat menggambarkan suasana riuh ketika itu.

"Kami bersemuka dengan ramai orang.

"Mereka yang berumur 60-an dan 70-an.

"Terdapat seorang peminat yang seperti: Boom! Boom! dan dia menjerit, 'Saya cintakan awak!'

"Saya seperti 'Berhenti! Bertenang!' Oh Tuhan. 

"Itu hanya salah satu contoh daripada beribu-ribu.

"Ia amat bermakna dan amat jelas memberikan makna yang besar buat ramai orang.

"Ia amat-amat hebat.

"Hingga ke hari ini, anda bangun pagi dan menyedari ia benar-benar berlaku," katanya.

Klopp menambah: "Tiada siapa perlu risau jika kami menjadi terlalu selesa.

"Terlalu banyak sebab untuk terus mempunyai keinginan besar.

"Kami mencuba terlalu banyak cara untuk memenanginya dan akhirnya berjaya.

"Liga Juara-Juara Eropah merupakan kejohanan terbesar selepas Piala Dunia. Ia amat besar.

"Namun, anda kini mahu memilikinya setiap masa.

"Tiada sesiapa perlu berasa risau. Tiada siapa yang berasa puas dan kami belum bersedia untuk pulang ke rumah.

"Kami telah memenangi sesuatu dan meletakkan trofi itu di almari kami, namun sikap kami tidak pernah berubah.

"Saya tidak dapat bayangkan bagaimana setahun sebelum itu kami menyanyikannya dalam majlis pengebumian bahawa 'kami akan membawanya kembali ke Liverpool' dan ia berjaya. Kami berjaya melakukannya.

"Jadi, ayuh cuba untuk melakukannya sekali lagi musim depan.

"Kami tidak pernah terfikir untuk berhenti," katanya lagi.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen