Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menjangkakan Simon Mignolet akan kekal di Anfield walaupun selaku pengganti buat Alisson.

Selepas pemain Brazil itu didapatkan daripada AS Roma setahun lalu dan bergelar penjaga gol termahal dunia, Alisson beraksi dalam kesemua 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Mignolet terbatas untuk beraksi dalam saingan piala domestik tetapi hanya melakukan dua penampilan tatkala Liverpool disingkirkan awal daripada saingan Piala EFL dan Piala FA.

Januari lalu, penjaga gol Belgium itu berkata sukar untuknya menyesuaikan diri berada di bangku simpanan, namun Klopp berharap pemain berusia 31 tahun itu tidak akan berpindah.

"Ya, saya akan katakan ya," kata Klopp apabila ditanya sama ada dia fikir Mignolet akan kekal di Anfield.

"Saya melalui banyak perbualan dengannya dalam beberapa tahun dan bulan terakhir. Kami berbincang sebelum bercuti.

"Ia kerana di kelab seperti Liverpool, anda memerlukan dua pemain utama. Ia sesuai buat Alisson dan Mignolet.

"Ia situasi yang baik untuk kelab dan anda. Segalanya baik daripada pandangan saya."

Kempen pra-musim Liverpool termasuk pertemuan menentang Borussia Dortmund, Sevilla dan Napoli untuk dua minggu akan datang.

Selepas berdepan Manchester City bagi saingan Perisai Komuniti, skuad kendalian Klopp itu akan membuka tirai liga menenang pasukan yang baru dinaikkan, Norwich City, pada 9 Ogos.