Klopp didenda RM42,000 akibat raikan gol

Oleh Staff Writer 5 Disember 2018 1406
Klopp didenda RM42,000 akibat raikan gol
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, telah didenda sebanyak GBP8,000 (RM42,000) selepas mengaku atas dakwaan Persatuan Bolasepak England (FA) meraikan jaringan kemenangan Divock Origi ketika aksi setempat Merseyide kelmarin.

Klopp berlari ke dalam padang untuk meraikan gol bersama penjaga gol, Alisson, selepas Origi menyumbat jaringan pada minit ke-96 untuk memberikan kemenangan 1-0 ke atas Everton di Anfield, Ahad lalu.

Pengurus dari Jerman itu didakwa oleh FA kelmarin dan semalam berkata dia sedia menerima apa sahaja denda yang akan dikenakan.

"Saya tidak mahu melakukannya, jadi apa yang boleh saya katakan sekarang, ia tidak akan berlaku lagi kerana saya tidak berniat," kata Klopp.

"Kali terakhir ia berlaku adalah lama dahulu.

"Namun, ketika ini detik itu sangat istimewa dan ia berlaku. Itu sahaja. Tiada apa yang boleh diperkatakan tentangnya.

"Ia telah berlaku, jadi saya terima. Hidup harus diteruskan. Itu sahaja."

Liverpool bakal melayan kunjungan Burnley bagi aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi esok.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen