Klopp di sebalik aksi cemerlang Salah -- Totti

Oleh Staff Writer 24 April 2018 9847
Klopp di sebalik aksi cemerlang Salah -- Totti
Legenda Roma, Francesco Totti, mengakui terkejut dengan aksi cemerlang yang dipamerkan oleh bekas rakan sepasukannya, Mohamed Salah, dalam musim sulungnya bersama Liverpool.

Salah menewaskan Kevin De Bruyne untuk dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA) kelmarindi atas aksi cemerlangnya sepanjang musim ini apabila merakamkan 31 gol dalam  Liga Perdana Inggeris (EPL), meletakkan dia di kedudukan teratas untuk merangkul anugerah Kasut Emas.

Pemain berusia 25 tahun itu turut menjaringkan lapan gol dalam Liga Juara-Juara (UCL) dan membawa pasukan untuk ke pusingan separuh akhir bertemu Roma, awal pagi esok.

Totti, yang bermain bersama-sama Salah dalam tempoh dua musim di Stadio Olimpico, percaya aksi cemerlang yang ditampilkan pemain sayap itu adalah hasil daripada pengendali The Reds, Jurgen Klopp.

"Saya agak terkejut di atas aksi cemerlang yang ditampilkan Salah dalam musim pertamanya bersama Liverpool," kata Totti.

"Tetapi, melihat kepada kualiti skuad ini, dengan jurulatih yang membimbing mereka, pada pendapat saya, Klopp adalah salah seorang jurulatih terbaik dunia," ujarnya.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen