Johnson digantung empat perlawanan akibat menggigit

Oleh Staff Writer 1 Disember 2018 1082
Johnson digantung empat perlawanan akibat menggigit
Pemain Derby County, Bradley Johnson, dijatuhkan hukuman penggantungan empat perlawanan oleh Persatuan Bolasepak England (FA) selepas didapati menggigit pemain tengah Stoke City, Joe Allen.

Johnson menarik baju Allen dengan gigi selepas Oghenekaro Etebo dibuang padang dalam kemenangan 2-1 Stoke ke atas pasukannya, Rabu lalu.

"Bradley Johnson digantung empat perlawanan selepas didapati melakukan tindak balas keganasan dalam perlawanan dan ia adalah hukuman yang setimpal.

"Johnson enggan mengaku bersalah dan pihak Suruhanjaya Penyeliaan Bebas mengizinkan pihak FA untuk meningkatkan hukuman penggantungan tiga perlawanan yang dikenakan," kata jurucakap FA.

Kejadian itu tidak dapat dilihat pengadil dan pegawai perlawanan, namun jelas kelihatan dalam rakaman video yang mengakibatkan kepada hukuman penggantunga pemain tersebut.

Pemain tengah Derby itu akan menjalani penggantungan lima perlawanan selepas turut mengumpulkan lima kad kuning dalam saingan liga. 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen