DERBY COUNTY 0 MILLWALL 1

Impian Derby County untuk layak Liga Perdana Inggeris musim depan terjejas selepas tewas 0-1 kepada Millwall dalam saingan Liga Kejuaraan Inggeris di Pride Park, awal pagi tadi.


The Rams turun beraksi dengan hanya dibezakan satu mata dengan kelompok pusingan 'play-off' ke Liga Perdana Inggeris selepas diikat 1-1 oleh Ipswich Town dan sekali lagi dikecewakan dengan aksi keras yang dipamerkan Millwall.

Derby menguasai permainan dalam babak pertama, namun gagal mencari gol pembukaan, dengan Tom Huddlestone merembat liar dua percubaan selepas Mahlon Romeo mensia-siakan peluang terbaik Millwall sebelum itu.

Jack Marriott berdepan dua peluang untuk meletakkan Derby di depan, namun dia gagal menolak masuk umpanan Fikayo Tomori dan menanduk keluar sepakan penjuru Jayden Bogle.

Skuad kendalian Frank Lampard itu dihukum pada minit ke-72 selepas membenarkan hantaran licik Shane Ferguson disudahkan Jed Wallace.

Derby gagal melakukan kebangkitan pada akhir perlawanan dan kegagalan itu mengakibatkan mereka terkeluar daripada kelompok enam pasukan teratas manaka Millwall, yang kini di tangga ke-19 liga, memperoleh tiga mata berharga bagi menjarakkan diri daripada zon penyingkiran.