Ince: Salah bakal buat penyokong The Reds teruja

Oleh Staff Writer 24 Jun 2017 114
Ince: Salah bakal buat penyokong The Reds teruja
Paul Ince menyifatkan penyokong Liverpool bakal disajikan dengan gaya permainan yang mengujakan oleh bintang baru mereka, Mohamed Salah.

Pemain kebangsaan Mesir, Salah, telah menyempurnakan perpindahan ke Anfield semalam dan kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas gagal menyerlah ketika bersama Chelsea.

Mempamerkan persembahan cemerlang ketika di Roma, Salah mencetak 34 gol dalam 84 penampilan bersama kelab itu, dan Ince memuji pengendali pasukan, Jurgen Klopp, apabila berjaya mendapatkan khidmat pemain itu.

"Klopp telah membawa masuk pemain yang berkualiti. Saya telah melihatnya beraksi di Roma. Dia telah menjaringkan banyak gol setiap tahun," kata Ince.

"Dia gagal menyerlah ketika bersama Chelsea kerana kekurangan masa yang diberikan kepadanya.

"Tetapi saya percaya Salah telah menemui keyakinannya dan kini kembali ke kancah EPL bersama Liverpool dan saya percaya Salah akan membuatkan penyokong-penyokong menikmati cara permainannya."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen