Chris Hughton memuji ketenangan Glenn Murray selepas penyerang Brighton and Hove Albion tu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti ketika seri 2-2 dengan Southampton.

Brighton ketinggalan 2-0 menerusi jaringan Pierre-Emile Hojbjerg dan sepakan penalti Danny Ings sebelum tandukkan Shane Duffy mengurangkan defisit jaringan.

Murray yang menyempurnakan kebangkitan Brighton untuk meraih satu mata di St Mary pada minit ke-91.

"Ia merupakan perlawanan kedua kami bangkit daripada ketinggalan 2-0," kata Hughton.

"Anda perlu melihat kepada perwatakan pemain-pemain yang mengekalkan rentak permainan walaupun ketinggalan -- tahniah kepada mereka yang bertindak cemerlang.

"Ketika ketinggalan 2-1 di laman lawan dan kami meraih sepakan penalti, tiada pemain yang lebih tenang berbanding Murray," ujarnya.

Murray menjaringkan lima gol dalam enam perlawanan bersama The Saints dan buat kali kedua dia menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti.

"Selepas gagal bertindak cemerlang dalam babak pertama, kami bangkit memastikan satu mata," kata Murray.

"Kami memberikan sesuatu yang berbeza kepada lawan dalam separuh masa kedua dan akhirnya meraih gol bagi menjadikan kedudukan 2-2."