Hubungan Klopp-Coutinho tidak terjejas

Oleh Staff Writer 23 Ogos 2017
Hubungan Klopp-Coutinho tidak terjejas
Jurgen Klopp menegaskan hubungannya dengan Philippe Coutinho tidak berubah selepas laporan menyatakan kelab itu telah menolak tiga tawaran daripada Barcelona.

The Reds dipercayai menolak tawaran terbaru Barcelona bernilai GBP119 juta (RM653 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Brazil itu sebagai pengganti Neymar yang menyertai Paris Saint-Germain (PSG), awal bulan ini.

Coutinho masih lagi belum diturunkan kerana tahap kecergasan dan kesihatan yang belum mencapai tahap terbaik, dengan Klopp menegaskan sikap pemain itu bukan satu isu kepada pasukan.

"Coutinho tidak sihat dan mengalami kecederaan belakang," kata Klopp.

"Salah seorang pemain kami menghadapi perkara yang sama dan sudah kembali menjalani latihan. Tetapi Coutinho telah lama direhatkan dan kami akan menilai semula keadaannya.

Liverpool memiliki kelebihan ke atas Hoffenheim selepas meraih kemenangan 2-1 dalam aksi pertama play-off Liga Juara-Juara (UCL), dengan sepakan percuma Trent Alexander-Arnold dan jaringan sendiri Havard Nordtveit memberikan kelebihan jaringan di tempat lawan kepada anak buah Klopp.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen

Baca Selanjutnya

Usah ragui persiapan Vingada -- Asmawi 

By 1 September 2017. 8.05 PM