Eddie Howe menyifatkan spekulasi mengaitkan pemain Bournemouth, Callum Wilson, dengan perpindahan ke Manchester United sebagai sesuatu yang tidak berguna dan mempertahankan penyerang itu untuk mengekalkan prestasi cemerlang.

Wilson telah menjarigkan lima gol dalam tujuh penampilan buat The Cherries bagi saingan Liga Perdana Inggeris musim ini, dengan membantu pasukannya mengharungi tiga perlawanan tanpa tewas menjelang kunjungan ke Arsenal, esok.

Prestasi pemain berusia 27 tahun itu membuatkannya dikatakan mampu menjadi penyelesaian kepada masalah penggempur yang dihadapi United kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu tetapi Howe melihat khabar angin sebegitu sudah dijangka jika seseorang pemain beraksi cemerlang.

Howe memberitahu wartawan: "Untuk mendengar spekulasi perpindahan di peringkat ini, apabila jendela telah ditutup dan masih jauh untuk dibuka semula, bagi saya tiada guna untuk bercakap tentangnya.

"Tiada apa yang boleh kami lakukan apabila Wilson melakukannya selain beraksi cemerlang.

"Ia menyebabkan wujudnya spekulasi di peringkat ini. Dia hanya perlu fokus untuk aksi seterusnya dan memberikan yang terbaik buat kelab."

Wilson, yang menandatangani kontrak empat tahun bersama Bournemouth, Julai lalu, dinamakan dalam skuad Engand kendalian Gareth Southgate menjelang aksi kelayakan Euro 2020 bertemu Republik Czech dan Bulgaria.

Southgate turut menyenaraikan Harry Kane, Raheem Sterling, Tammy Abraham, Jadon Sancho dan Marcus Rashford di barisan depan sambil Howe yakin anak buahnya itu mampu menterjemahkan prestasi bersama skuad di peringkat lebih tinggi.

"Mereka layak," katanya.

"Saya rasa dia melalui permulaan baik musim ini.

"Saya fikir dengan Wilson, kami boleh fokus terhadap prestasinya dan memastikan dia menyampaikan apa yang dituntut oleh kelab.

"Selain itu, kami sentiasa berasa bahawa dia akan menjaringkan gol jika berada di posisi tepat dengan berbekalkan prestasi ketika ini.

"Saya rasa dia kini dalam keadaan yang yakin dan itu menjadi petanda baik buat kami serta Wilson."