Hojbjerg berang gagal raih kemenangan

Oleh Staff Writer 18 September 2018 891
Hojbjerg berang gagal raih kemenangan
SOUTHAMPTON 2 BRIGHTON 2

Pierre-Emile Hojbjerg berang dengan rakan sepasukan selepas jaringannya disia-siakan selepas Southampton seri 2-2 dengan Brighton and Hove Albion dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.


Jaringan kencang Hojbjerg membenarkan Southampton mendahului perlawanan di St Mary dan Danny Ings menjadikan kedudukan 2-0 menerusi sepakan penalti selepas masuk ke babak kedua.

Tetapi tandukan Shane Duffy menghidupkan harapan buat Brighton dan Glenn Murray memastikan gol penyamaan pada penghujung permainan menerusi sepakan penalti.

Ia merupakan jaringan kedua buat Hojbjerg tetapi pemain kebangsaan Denmark itu tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas Southampton melepaskan kelebihan yang dimiliki.

"Ia tidak cukup baik," katanya. "Mendahului 2-0 berdepan lawan yang perlu kami atasi.

"Jika pasukan mahu mencipta sesuatu musim ini, kami tidak boleh melepaskan peluang dalam setiap perlawanan.

"Kami telah bertindak cemerlang hampir sepanjang permainan tetapi seri selepas menjaringkan dua gol masih tidak cukup baik untuk pasukan," ujarnya.

Pengendali Southampton, Mark Hughes, tidak berpuas hati dengan sepakan penalti yang diberikan kepada lawan pada penghujung permainan selepas James Ward-Prowse melakukan halangan terhadap Duffy.

"Kami mahukan kemenangan daripada perlawanan ini," kata Hughes. "Berada dalam kedudukan yang baik tetapi gagal mengekalkan kelebihan.

"Kami sangat kecewa dengan penalti yang diberikan. Duffy adalah seorang pemain yang besar dan menjatuhkan badan terlalu mudah dan pengadil mempercayainya."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen