Heung-min ke Napoli? Pintu sentiasa terbuka -- Bliemeister

Oleh Staff Writer 5 Oktober 2019
Heung-min ke Napoli? Pintu sentiasa terbuka -- Bliemeister
Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min, sentiasa terbuka untuk perpindahan ke kelab Serie A, Napoli, kata ejennya, Thies Bliemeister.

Heung-min mengesahkan status sebagai salah seorang penggempur terbaik Liga Perdana Inggeris dan Eropah sejak menyertai Spurs daripada Bayer Leverkusen pada 2015.

Pemain Korea Selatan itu menjaringkan 70 gol buat Spurs sambil turut memainkan peranan utama membawa pasukannya itu ke final Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Bagaimanapun, cabaran baru di Itali mampu menarik minat pemain berusia 27 tahun itu yang telah menyumbat tiga gol dalam semua kejohanan musim ini.

"Saya tidak pernah membawa pemain ke Napoli tetapi gembira untuk melakukannya kerana pemain kegemaran saya, Diego Maradona, pernah beraksi untuk mereka," kata Bliemeister kepada Radio Marte's 'Si gonfia la rete'.

"Saya pernah berbincang dengan Napoli, dengan eksekutif yang sudah tidak bersama kelab. Saya akan gunakan kesempatan ini untuk berbincang dengan mereka.

"Heung-min ke Napoli, mengapa tidak? Anda tidak boleh katakan 'tak akan' dalam bola sepak. Heung-min sukakan Itali, makanan dan orang Itali.

"Tidak mudah untuk membawanya keluar daripada Spurs kerana ia melibatkan banyak wang tetapi siapa tahu satu hari nanti?"

Heung-min menyumbat gol pembukaan ketika Tottenham dimalukan 7-2 oleh Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, Selasa lalu sambil Spurs mahu memulakan kebangkitan, bermula dengan pertemuan berdepan Brighton and Hove Albion, hari ini.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen