Joe Hart mungkin masih mempunyai masa depan di Manchester City selepas juara Liga Perdana Inggeri (EPL) itu menyenaraikannya untuk siri jelajah Amerika Syarikat (AS).

Diabaikan dalam kempen Piala Dunia 2018 bersama England, Hart, 31, berdepan masa depan yang tidak menentu sejak kembali daripada pinjaman mengecewakan di West Ham.

Penjaga gol itu memasuki tahun terakhir kontraknya di Stadium Etihad dan kelihatannya akan berpindah ekoran Ederson dan Claudio Bravo lebih menjadi pilihan berdasarkan turutan posisi penjaga gol.

Bagaimana, bekas pemain pinjaman Torino tersebut diberi kesempatan mengejut untuk menambat hati Pep Guardiola dalam pra-musim ini.

Pemenang Piala Dunia 2018, Benjamin Mendy, serta muka baru, Riyad Mahrez, dan pemain yang disisihkan daripada skuad Jerman dalam kempen Piala Dunia, Leroy Sane, turut menyertai Hart dalam dalam rombongan 28 pemain yang dibarisi ramai tonggak muda.

Pemain antarabangsa England B-21, Jack Harrison, yang ditandatangani dari New York City pada Januari lalu, juga turut serta.

City dijadualkan bertemu Borussia Dortmund, Liverpool dan Bayern Munich dalam Kejohanan Piala Juara-Juara Antarabangsa sebelum pulang untuk menghadapi pertembungan Perisai Komuniti dengan Chelsea pada 5 Ogos.

Mereka akan membuka kempen mempertahankan gelaran EPL menentang Arsenal, seminggu kemudian.