Ilkay Gundogan gembira untuk mengetepikan percutian bulan ini dan bulan depan bagi mengharungi kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) sebaik dia menyertai Manchester City -- dan pemain Jerman itu gembira dengan pendekatan tersebut.

Bekas pemain tengah Borussia Dortmund itu antara pemain pertama yang dibawa masuk oleh Pep Guardiola di Manchester City pada 2016 tetapi kempennya digugat oleh kecederaan ligamen lutut.

Namun, dia ditimpa beberapa siri kecederaan di Stadium Etihad, termasuk Kevin De Bruyne, David Silva dan Fernandinho, yang bermakna dia mungkin memainkan watak penting dalam tempoh ini.

City akan bertemu di Everton hujung minggu ini memandangkan dalam tempoh perayaan Krismas dan Tahun Baru sebelum ini, Gundogan hanya menjadi pemerhati ekoran kecederaan tetapi dia kini bersedia untuk menempuhi jadual sibuk itu.

"Saya masih ingat lagi, ketika saya beraksi dalam saingan Bundesliga dan sedang bercuti di Dubai, saya menonton perlawanan EPL," katanya.

"Kini, saya menjadi sebahagian daripada saingan ini. Jelas, ia sesuatu yang hebat berikutan sejarah dan tradisi di sini untuk bermain dalam tempoh yang sukar ini.

"Masih banyak lagi perlawanan yang perlu diharungi, banyak lagi mata untuk diburu. Itulah sasaran kami dan kami akan berusaha melakukan yang terbaik."

Selepas menang 2-1 di Hoffenheim dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) semalam, Pep Guardiola berseloroh bahawa anak buahnya akan menjalani sesi pemulihan di dalam peti sejuk menjelang pertembungan menentang Everton, esok.

Gundogan, 28, mengakui tempoh singkat di antara perlawanan merupakan cabaran bagi pasukannya yang berhasrat untuk bangkit daripada kekalahan di Chelsea, Ahad lalu, yang memberikan kelebihan kepada Liverpool untuk menguasai puncak EPL.

"Musim ini masih panjang. Jadi, adalah normal apabila kami akan ditimpa kecederaan. Kami perlu menguruskannya, kami telah membuktikannya (ketika menghadapi Hoffenheim)," katanya.

"Sudah tentu, kami tidak mempunyai banyak masa untuk pulih -- perlawanan esok berlangsung awal (8.30 malam waktu Malaysia). Jadi, kami perlu mencuba dan melakukan yang terbaik daripada segi pemulihan."

Fernandinho, Silva dan De Bruyne merupakan tunjang kekuatan bahagian tengah City, musim lalu.

Jika mereka sekali lagi terlepas aksi hujung minggu ini, ini bermakna Phil Foden akan terus diberi peluang selepas pemain berusia 18 tahun itu memberi kesan besar sepanjang 90 minit pertemuan dengan Hoffenheim.

"Dia boleh menjaringkan gol, dia boleh membuat umpanan. Ia elemen yang mustahak untuk seseorang pemain itu diletakkan di posisi berkenaan," katanya.