Pep Guardiola memuji Jamie Vardy sebagai seorang pemain 'luar biasa' yang dihasilkan untuk menghukum Manchester City.

Skuad kendalian Guardiola itu berkunjung ke Leicester City, berdepan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 2015-16 -- pasukan yang berjaya merakam kemenangan menerusi jaringan Vardy.

Ia merupakan persaingan tempat kedua dan ketiga dalam saingan liga, ketika skuad pimpinan Guardiola memiliki kelebihan empat mata ke atas The Foxes.

Vardy mendahului carta penjaring terbanyak saingan liga dengan 17 gol dalam 24 penampilan, berkelebihan satu ke atas Sergio Aguero.

Guardiola percaya cara pasukannya bertahan adalah faktor Vardy menikmati kejayaan ke atas City selama ini.

"Pertahanan kami beraksi hampir ke garisan tengah padang, ia adalah sesuatu yang sempurna buatnya," kata Guardiola.

"Vardy menjaringkan gol ke atas kami dan berdepan semua pasukan, kerana dia seorang yang berbisa dalam kotak penalti.

"Dia merupakan salah seorang penyerang yang berkualiti pernah saya saksikan. Gerakannya, sentuhan penyudahnya, dan kerap memberikan tekanan. Seorang pemain yang luar biasa."

Vardy meledak lima kali dalam 11 pertemuan EPL berdepan City -– tiada pemain yang meledak lebih banyak gol ke atas skuad kendalian Guardiola ketika beliau membimbing Barcelona, Bayern Munich dan penyandang juara EPL.

Bagaimanapun, penyerang berusia 33 tahun itu kini dihimpit kemarau jaringan, gagal menjaringkan gol selepas lapan perlawanan, enam daripadanya menerusi perlawanan liga.
Leicester mengharungi aksi kurang konsisten namun tetap berkelebihan sembilan mata ke atas penghuni tangga keempat, Chelsea.

Guardiola menyedari kemampuan Leicester yang telah dipamerkan sebelum ini dan memuji usaha Brendan Rodgers di Stadium King Power.

"Beliau telah melakukan usaha yang cemerlang bersama Liverpool, ketika saya belum hadir ke England. Saya menyaksikan dia berkhidmat bersama Celtic di Glasgow. Pasukan itu bermain dengan baik dan agresif."