Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola, lebih suka melihat Maurizio Sarri berada dalam Liga Perdana Inggeris apabila jurulatih kelahiran Itali itu terus dikaitkan dengan Chelsea.

Sarri digantikan oleh Carlo Ancelotti di Napoli pada minggu lalu.

Jurulatih berusia 59 tahun, yang berhijrah dari Empoli ke Napoli pada 2015, dilaporkan akan berpindah ke Chelsea, di mana rakan senegaranya, Antonio Conte, dijangka akan meninggalkan pasukan.

Guardiola sedar dengan pendekatan baik Sarri selepas City dan Napoli bertemu dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah pada musim lalu.

Ketika ditanya tentang kemungkinan Sarri ke Chelsea, Guardiola berkata kepada Tuttosport: "Saya ingin melihat Sarri dalam Liga Perdana.

"Dia melakukan dengan baik di Empoli dan Napoli. Sangat menarik untuk menonton pasukannya bermain."

Sarri membimbing Napoli menamatkan saingan di kedudukan kedua dalam tiga musim berturut-turut.