MANCHESTER CITY 3 NEWCASTLE UNITED 1

Pep Guardiola memuji kerja keras Manchester City selepas meruntuhkan kubu Newcastle United dengan kemenangan 3-1 dalam Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, awal pagi tadi.


Newcastle tidak banyak menyerang dan hanya mengancam kubu lawan pada separuh masa kedua, dengan Jacob Murphy melakukan satu jaringan dan Ederson turut nyaris menghadiahkan gol penyamaan buat mereka.

Tetapi Sergio Aguero membunuh peluang Newcastle pada minit ke-83 apabila menyempurnakan hatriknya, yang membuat Guardiola teruja dengan pasukannya yang sabar menentang lawan yang bermain bertahan.

"Kami bertindak balas dengan baik setelah keciciran dua mata menentang Crystal Palace dan Watford dan kami melakukannya (bangkit daripada kekalahan) hari ini," kata Guardiola kepada BT Sport.

"Kami membuat persembahan luar biasa melawan 10 pemain di dalam kotak. Kami bersabar dan menemui ruang.

"Pada babak kedua, mereka hanya melakukan hantaran lintang sekali dan kami bolos tetapi kami membuat persembahan yang sangat baik.

"Pada babak kedua, kami tidak bermain begitu baik dan dalam 10 atau 15 minit terakhir mereka memberi tekanan dan menjaringkan gol.

"Tetapi walaupun pada kedudukan 2-1, kami bertindak balas, terus mara, dan kecemerlangan Leroy (Sane) memberikan perbezaan," tambahnya.

Aguero membuat perbezaan pada hujung perlawanan, dengan tiada tindak balas terhadap gol pemain kelahiran Argentina itu, yang dalam prestasi klinikal.

"Itu (penyudah) adalah bakatnya," kata Guardiola. "Sebelum gol pertama, dia tidak menyentuh bola. Kami memerlukan golnya dan dia sangat penting."

City kelihatan terlepas untuk mendatangani Alexis Sanchez yang akan ke Manchester United dan Guardiola mendakwa bahawa pemain itu adalah satu-satunya sasaran Januari mereka.

"Tiada berita (perpindahan)," katanya. "Tiada berita baik seperti yang mereka katakan."