MAN CITY 3 WOLVES 0

Pep Guardiola percaya sesetengah pemain Manchester City akan berasakan keputusan beliau "tidak adil" jika mereka diketepikan daripada kesebelasan utama.


Kevin De Bruyne dan Sergio Aguero berada di bangku simpanan ketika City merakamkan kemenangan 3-0 ke atas Wolves di Stadium Etihad, awal pagi tadi.

Kedua-dua pemain masuk selaku pemain gantian dengan De Bruyne melepaskan hantaran silang yang memaksa kapten Wolves, Conor Coady, untuk melakukan jaringan sendiri sementara Aguero terpaksa menyaksikan Gabriel Jesus meledak dua gol sebelum menyertai perlawanan.

City masih lagi bersaing dalam empat kejohanan dan Guardiola mengakui beliau terpaksa melakukan keputusan sukar dalam pemilihan skuad untuk setiap perlawanan.

"Saya memiliki skuad yang berkualiti. De Bruyne dan Ilkay Gundogan merupakan tonggak tengah yang terbaik buat pasukan tetapi saya perlu membuat keputusan siapa yang bakal beraksi dan siapa yang akan diketepikan," katanya.

"Kemudian hadirnya Bernardo Silva dan Fernandinho -- yang mempamerkan aksi cemerlang ketika mengatasi Liverpool. Untuk hari ini, pemain kegemaran saya adalah Phil Foden. Dia berada di kemuncak prestasi.

"Tetapi masih banyak lagi perlawanan dan semua pemain akan dapat beraksi. Saya hanya mahu memastikan barisan yang terbaik dapat diturunkan untuk setiap perlawanan."

Masalah kesihatan dialami Aguero membenarkan Jesus merekodkan tujuh jaringan dalam tiga perlawanan.

Tetapi Guardiola enggan memandang remeh pemilihan penyerang untuk berada dalam kesebelasan utama skuad dalam perlawanan seterusnya, aksi di tempat lawan bertemu Huddersfield Town dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad ini.

"Saya seorang pengurus yang berani. Saya akan berbincang dengan staf saya dan cuba membuat setiap pemain terlibat dalam pasukan.

"Beraksi dalam empat kejohanan, saya tidak mahu menurunkan 11 atau 12 pemain sahaja. Sukar untuk mengekalkan tahap kecergasan mereka, jadi setiap pemain perlu berada di tahap terbaik."