MANCHESTER CITY 0 WOLVES 2

Gol berganda Adama Traore mengakibatkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City, ketinggalan lapan mata di belakang Liverpool selepas tewas 0-2 kepada Wolves di Stadium Etihad sebentar tadi.


Kemenangan pada lewat permainan The Reds ke atas Leicester City semalam membina jurang besar untuk dikejar skuad kendalian Pep Guardiola itu, yang tidak mampu mengecilkan jurang berkenaan selepas beraksi longlai di laman sendiri.

City tidak mampu menghalang penguasaan kemas lawan sepanjang permainan dengan Traore menghasilkan dua gol dalam tempoh 10 minit terakhir untuk menjadikan skuad kendalian Nuno Espirito Santo itu sebagai pasukan yang lebih berhak meraih tiga mata.

Keputusan itu juga bermakna, juara bertahan berkenaan sudah tewas dua daripada lapan perlawanan pertama musim ini manakala Wolves melonjak ke tangga ke-11 selepas mencatatkan kemenangan kedua.