Penyerang Chelsea, Olivier Giroud, berazam untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama skuad kendalian Maurizio Sarri.

Giroud merupakan pemain gantian yang digunakan Sarri ketika The Blues terikat seri tanpa jaringan dengan Everton walaupun muncul penjaring gol kemenangan 1-0 ke atas BATE dalam saingan Liga Europa.

Pemenang Piala Dunia itu, yang beraksi selama 65 minit bersama Perancis ketika tewas 2-0 kepada Belanda dalam saingan Liga Negara-Negara sebelum digantikan oleh Ousmane Dembele, berkata berpindah mencari kelab lain bukan dalam agendanya.

"Saya kembali lewat daripada Piala Dunia dan Alvaro Morata telah mula bermain," kata Giroud.

"Bersama skuad kebangsaan pada September lalu, gol yang diraih ketika berdepan Belanda sangat baik buat saya, ia telah membenarkan saya beraksi sebagai penyerang utama Chelsea.

"Hari ini, jurulatih telah memberikan persaingan sihat buat saya dan Morata, dia telah bermain dengan baik."

Giroud hanya turun empat kali sebagai penyerang utama dalam 12 aksi Chelsea dalam EPL setakat ini dan masih belum menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan lalu.

"Adakah saya bercadang untuk meningglkan kelab bagi memastikan tempat dalam skuad kebangsaan? Saya berasakan seperti sudah ditanyakan soalan yang sama sejak beberapa bulan sebelum saingan Piala Dunia bermula.

"Saya sangat gembira bersama pasukan, Chelsea dan Perancis. Saya akan berusaha untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

"Saya tidak akan berhijrah lagi dan bekerja keras."