Dia bermula lebih baik daripada saya -- Guardiola puji Solskjaer

Oleh Staff Writer 10 Januari 2019 4956
Dia bermula lebih baik daripada saya -- Guardiola puji Solskjaer
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, memuji permulaan menakjubkan Ole Gunnar Solskjaer ketika mengambil jawatan pengurus sementara Manchester United.

Solskjaer memenangi kesemua lima perlawanan pertamanya sejak menggantikan Jose Mourinho bulan lalu -- menyamai rekod Matt Busby selepas merakamkan kemenangan 2-0 ke atas Reading dalam Piala FA minggu lalu.

Pengendali kelahiran Norway berusia 45 tahun itu -- yang akan berkhidmat sehingga tamat musim ini -- berpotensi untuk memecahkan rekod Busby andai menewaskan Tottenham Hotspur dalam Liga Perdana Inggeris, Ahad ini.

Ditanya mengenai Solskjaer selepas Manchester City menewaskan Burton Albion 9-0 dalam separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) awal pagi tadi, Guardiola berkata: "Dia bermula dengan lebih baik daripada saya.

"Saya tewas dalam perlawanan pertama bersama City dan sekadar seri dalam perlawanan kedua.

"Dia memenangi kesemua perlawanan.

"Dia pengurus muda yang melahirkan keputusan hebat.

"Saya pernah melihat perlawanan mereka sebelum ini dan mereka bermain dengan amat baik.

"Namun, ia bukan urusan saya untuk bercakap mengenai pengurus pasukan lawan.

"Kami akan menghadapi perlawanan sukar menentang Wolverhampton Wanderers tidak lama lagi.

"Ia pasti perlawanan yang sukar kerana kami hanya mempunyai tempoh rehat sehari dan kembali melakukan persediaan untuk perlawanan itu," katanya.

Juara bertahan, City, kini di tangga kedua liga, empat mata di belakang pendahulu, Liverpool, dan 12 mata berkelebihan ke atas pasukan di tangga keenam, United.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen