Di mana Benjamin Mendy? Itu persoalan yang meniti di bibir setiap warga Manchester City semalam.

Pengurus City, Pep Guardiola, tidak pasti di mana lokasi semasa Mendy menjelang aksi Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea, awal pagi Isnin ini, dengan bek kiri Perancis itu baru sahaja pulih daripada kecederaan lutut.

Mendy, yang telah diberi kebenaran untuk bercuti ke Eropah, memaparkan dalam "Instagram story" yang dia sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, semalam.

Pemain berusia 24 tahun itu mengekalkan misteri itu di mana dia berada dengan rakan sepasukannya, Kyle Walker, turut menyertai keseronokan itu di media sosial.



Dengan tanda pagar #WheresMendy, pemain kebangsaan Perancis itu menimbulkan lebih persoalan mengenai lokasi terkininya dengan melakukan kiriman video di laman Twitter yang menunjukkan dia berada tempat yang seakan-akan Dubai.

Jaga-jaga Benjamin, Pep sedang memerhati...