De Bruyne tidak bersimpati dengan Liverpool

Oleh Staff Writer 18 Mei 2019 7436
De Bruyne tidak bersimpati dengan Liverpool
Kevin De Bruyne berkata dia tidak bersimpati dengan Liverpool selepas Manchester City meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

City menamatkan saingan dengan kelebihan sau mata ke atas Liverpool apabila skuad bimbingan Pep Guardiola itu mempertahankan gelaran EPL yang dimenangi musim lalu.

Liverpool mengumpul 97 mata selepas 38 perlawanan tetapi tidak mampu untuk mengatasi City dan pemain tengah, De Bruyne, meraikan kejayaan mereka.

"Tidak," kata De Bruyne kepada The Guardian apabila ditanya jika dia bersimpati dengan Liverpool.

"Ia merupakan usaha yang cemerlang tetapi ia membuktikan kami adalah pasukan yang lebih baik. Saya tidak bersimpati dengan mereka kerana saya tidak berasakan mereka memikirkan tentang kami.

"Saya tidak berasakan ada sesiap yang bersedih apabila kami tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL)."

City – yang memenangi Piala EFL musim ini -- berpeluang untuk menyempurnakan 'treble' domestik apabila bertemu Watford dalam final Piala FA di Wembley.

De Bruyne mengharungi musim yang penuh dengan kecederaan dan pemain kebangsaan Belgium itu tidak pernah memenangi Piala FA.

"Kemenangan ini akan mengubati kekecewaan kami tersingkir daripada UCL. Ia bukan musim yang seronok buat saya kerana dihimpit kecederaan. Tetapi ini merupakan kecederaan paling serius selepas beraksi hampir 10 hingga 11 tahun."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen