Dalot sertai Manchester United

Oleh Staff Writer 7 Jun 2018 5364
Dalot sertai Manchester United
Manchester United telah menyempurnakan perpindahan pemain pertahanan, Diogo Dalot, daripada juara Portugal, Porto.

Melakukan penampilan sulung bersama Porto pada Februari lalu, pemain berusia 19 tahun itu telah berjaya memikat Jose Mourinho untuk dibawa ke Manchester dengan kontrak selama lima tahun.

Dengan Matteo Darmian dijangka meninggalkan Old Trafford, ia memaksa Mourinho mencari persaingan buat bek kanan, Antonio Valencia, dengan membawa masuk pemain B-21 tahun Portugal itu.

"Menyertai Manchester United merupakan satu peluang yang sukar untuk dipercayai buat saya," kata Dalot.

"Saya telah menimba pengalaman serta ilmu daripada Akademi Porto dan saya berterima kasih di atas setiap usaha yang telah mereka lakukan. Peluang untuk menyertai kelab gergasi seperti United merupakan sesuatu yang tidak boleh ditolak.

"Saya teruja untuk bekerjasama dengan Mourinho dan mempelajari sesuatu daripada seorang jurulatih yang berjaya. Saya juga tidak sabar untuk bermain bersama-sama rakan sepasukan di Old Trafford," katanya.

Dalot melakukan tujuh penampilan dalam semua kejohanan bagi musim 2017-18 ketika Porto muncul juara Liga Primeira buat kali pertama sejak 2012-13 dan mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara (UCL).

Dalot turut tampil sebagai pemain bek kiri ketika Porto seri tanpa jaringan berdepan Liverpool pada Mac lalu.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen