Jose Mourinho memuji pemain terbaru Manchester United, Diogo Dalot, sebagai bek kanan terbaik Eropah dalam peringkat umurnya dan beliau yakin dia mampu berjaya di Old Trafford.

United telah memeterai perjanjian bersama juara Portugal, Porto, untuk membawa Dalot ke England dengan kontrak lima tahun.

Walaupun sekadar beraksi dalam enam perlawanan bagi musim 2017-18, pemain berusia 19 tahun itu berjaya mendapatkan tempat dalam skuad United sebagai pemain sokongan kepada Antonio Valencia.

Bagi jangka masa panjang, dia berkemungkinan dilihat sebagai pilihan utama The Red Devils.

"Dalot seorang pemain yang berbakat dan memiliki kualiti untuk menjadi pemain terbaik," kata Mourinho.

"Dia memiliki fizikal, bijak memahami taktikal dan seorang pemain yang memiliki aspek teknikal yang tinggi, digabung dengan mentaliti akademi Porto yang menyediakan pemain untuk menghadapi aksi di peringkat profesional.

"Dalam peringkat umurnya, dia adalah bek kanan terbaik Eropah dan kami percaya Dalot mempunyai masa depan yang cerah bersama United."