Manchester City menandatangani penyerang muda, Ryotaro Meshino, daripada Gamba Osaka, demikian disahkan kelab Jepun itu.

Gamba mengesahkan pemain berusia 21 tahun itu telah melengkapkan perpindahannya ke pasukan juara Liga Perdana Inggeris itu selepas berlepas ke England.

City, bagaimanapun, belum mendedahkan butiran mengenai perjanjian Meshino, namun laporan mendapati pemain itu akan menyertai skuad pembangunan mereka.

Meshino menjaringkan tiga gol dalam 12 penampilan Liga-J musim ini.

Pep Guardiola dan City mengelakkan waktu sesak pada tarikh tutup jendela perpindahan musim ini selepas melengkapkan kemasukan Joao Cancelo daripada Juventus kelmarin.

Pertahanan kiri, Angelino, dan pemain tengah, Rodri, turut berpindah ke Stadium Etihad dan berkemungkinan akan melakukan penampilan pertama dalam Liga Perdana Inggeris ketika menentang West Ham, malam ini.