City lakar kemenangan bergaya di Stadium London

Oleh Staff Writer 29 April 2018 3883
City lakar kemenangan bergaya di Stadium London
WEST HAM 1 MAN CITY 4

Manchester City melakar kemenangan bergaya 4-1 ke atas West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London, sebentar tadi.


Pemenang Anugerah Pemain Remaja Terbaik PFA, Leroy Sane, membuka jaringan seawal minit ke-13 sebelum bekas pemain City, Pablo Zabaleta, menjaringkan gol sendiri memberikan keselesaan buat skuad kendalian Pep Guardiola itu.

West Ham mengurangkan defisit jaringan sebelum tamat separuh masa pertama menerusi sepakan percuma yang disempurnakan oleh Aaron Cresswell.

Gabriel Jesus meneruskan momentum City apabila meledak gol ketiga The Citizens sebelum Fernandinho muncul sebagai pencetak jaringan bagi melengkapkan kemenangan mereka.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen