ASTON VILLA 0 FULHAM 1

Fulham memenangi tiket promosi ke Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kemenangan 1-0 ke atas Aston Villa dalam perlawanan akhir play-off Liga Kejohanan, awal pagi tadi.


Gol babak pertama sumbangan Tom Cairney sudah cukup untuk menghantar pasukan kendalian Slavisa Jokanovic itu kembali ke saingan utama -- empat tahun selepas disingkirkan -- walaupun Denis Odoi dibuang padang dengan baki 20 minit permainan.

Hanya lima mata memisahkan kedua-dua pasukan itu dalam saingan Liga Kejohanan 2018 sehingga menyaksikan perlawanan berlangsung sengit di Wembley dengan Jack Grealish dan Ryan Fredericks kedua-duanya bernasib baik tidak dilayangkan kad merah.

Rembatan Cairney sepatutnya meletakkan Fulham sebagai pendahulu apabila pemain tengah itu bergabung dengan bintang dalam ciptaan, Ryan Sessegnon, sambil Aleksandar Mitrovic terlepas kesempatan untuk menggandakan kedudukan pada setiap babak.

Villa memperkemaskan permainan sejurus rehat dan semakin menguasai permainan selepas Fulham kehilangan Odoi ekoran kad kuning kedua, namun pasukan bimbingan Steve Bruce itu bergelut untuk menembusi pintu gol lawan yang dikawal Marcus Bettinelli.

Justeru, Fulham akan mengiringi Wolves dan Cardiff City untuk mara ke EPL sementara Villa perlu beraksi dalam divisyen kedua itu untuk musim ketiga berturut-turut.