Caballero kekal bersama Chelsea bagi musim 2019-20

Oleh Staff Writer 23 Mei 2019 466
Caballero kekal bersama Chelsea bagi musim 2019-20
Willy Caballero telah menandatangani kontrak baru selama setahun bersama Chelsea.

Pemain berusia 37 tahun itu menyertai The Blues daripada Manchester City dua tahun lalu dan kini akan kekal di Stamford Bridge sehingga akhir musim 2019-20.

"Saya sangat gembira untuk memperbaharui kontrak bersama Chelsea dan diharapkan kami dapat menikmati musim depan serta mencapai banyak sasaran," kata Caballero.

"Bagi saya, untuk kekal bersama kelab besar seperti Chelsea adalah keputusan mudah."

Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia, menambah: "Caballero sangat profesional ketika berkhidmat buat kami selama dua tahun.

"Dia telah bertindak selaku penjaga gol tambahan dan menikmati beberapa persembahan hebat, termasuk membantu kami menjulang Piala FA musim lalu serta melangkah ke final Liga Europa bulan ini.

"Dia juga menunjukkan reaksi positif di padang latihan, sangat berdedikasi dan profesional setiap hari dalam membantu mendapatkan aksi terbaik bagi penjaga gol utama. Kami gembira untuk meneruskan khidmatnya bagi musim 2019-20."

Caballero telah beraksi sebanyak 22 kali buat Chelsea, kebanyakannya bertindak selaku pengganti Thibaut Courtois serta Kepa Arrizabalaga bagi musim ini.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen