Benitez terus gesa penggunaan VAR selepas insiden penalti

Oleh Staff Writer 17 Mac 2019 987
Benitez terus gesa penggunaan VAR selepas insiden penalti
BOURNEMOUTH 2 NEWCASTLE UNITED 2

Pengurus Newcastle United, Rafael Benitez, terus menggesa penggunaan teknologi video bantuan pengadil (VAR) dalam Liga Perdana Inggeris susulan keputusan kontroversi pengadil ketika pasukannya terikat 2-2 dengan Bournemouth.


Bekas pemain sayap The Cherries, Matt Rictchie, menjaringkan gol penyamaan dalam waktu kecederaan untuk memastikan Newcastle membawa pulang satu mata dari Stadium Vitality, malam tadi.

Bagaimanapun, Benitez kecewa dengan keputusan Mike Dean yang memberikan sepakan penalti selepas Federico Fernandez kelihatan mengasari Nathan Ake.

VAR akan digunakan dalam Liga Perdana Inggeris musim depan, namun Benitez, yang sebelum ini lantang menggesa penggunaan sistem itu, sudah tidak boleh bersabar.

"Sesetengah keputusan memerlukan VAR dan anda perlu memastikan yang anda melakukan keputusan tepat," katanya kepada wartawan.

"Terlalu banyak keputusan yang tidak berpihak kepada kami hari ini.

"Saya perlu menyemaknya kembali supaya kami dapat mengelakkannya pada masa depan, namun untuk memberikan sepakan penalti seperti itu, anda perlu memberikan 100 kali lagi dalam setiap perlawanan.

"Kami tidak berpuas hati terhadap banyak perkara. Jika anda mengkaji situasi dalam babak pertama, DeAndre Yedlin telah dijatuhkan dalam kotak penalti. 

"Keputusan itu tidak memihak kami.

"Anda sedang bercakap tentang sesuatu di sana yang kami mempunyai pandangan berbeza (berbanding pengadil).

"Saya pernah katakan sebelum ini bahawa kami perlu memastikan kami profesional dan segala-galanya adakala betul dan adakala tidak.

"Kami layak untuk mendapat sekurang-kurangnya satu mata dan ia menyedihkan kerana kami perlu berusaha keras," katanya.

Walaupun jaringan penyamaan lewat itu menafikan kemenangan Bournemouth, Eddie Howe tetap memuji aksi Ritchie dalam kepulangannuya ke Stadium Vitality itu.

"Ia sungguh aneh bagaimana bola sepak boleh menghasilkan cerita seperti ini," katanya dalam sidang media.

"Bola itu jatuh ke arahnya dan dia mungkin satu-satunya pemain di atas padang yang kami tidak mahu bola itu jatuh ke kaki kirinya kerana kami tahu dia boleh melakukan percubaan dari jarak sejauh itu.

"Dia menyepaknya ke sudut atas dan itulah yang menjadikan perlawanan ini amat istimewa.

"Kami hanya mahu memenangi perlawanan ini tanpa mengendahkan kedudukan kami dalam liga.

"Ia perasaan yang mengerikan buat seorang pengurus apabila anda dibolosi pada lewat permainan dan saya mewakili penyokong Bournemoth juga mahu mengatakan gol itu merupakan detik yang menjadikan perlawanan ini istimewa.

"Ia tidak akan berakhir selagi ia belum tamat," katanya.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen