Alisson bakal menyertai skuad Liverpool di kem latihan Evian, kata pengurus pasukan, Jurgen Klopp.

Pemain skuad kebangsaan Brazil itu menjadi penjaga gol termahal dunia selepas melengkapkan perpindahan dari AS Roma menerusi yuran perpindahan sekitar GBP65 juta (RM347 juta).

Selepas diberikan rehat susulan aksi Piala Dunia, Alisson terlepas saingan jelajah Liverpool di Amerika Syarikat dan tidak akan menyertai pasukannya sehingga hujung bulan ini.

Dalam masa sama, seorang lagi pemain yang baru menyertai The Reds, Xherdan Shaqiri, akan diterbangkan ke Amerika Syarikat untuk menyertai saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC).

"Shaqiri akan datang ke New Jersey dalam masa dua hari lagi dan Alisson bersama Roberto Firmino akan bersama satu lagi kem di Evian," kata Klopp.

"Tentunya bagus apabila kami dapat mengumpulkan mereka, kecuali pemain yang beraksi dalamseparuh akhir Piala Dunia."