Aksi Tottenham di Wembley kecewakan Rose

Oleh Staff Writer 7 Disember 2018 388
Aksi Tottenham di Wembley kecewakan Rose
Beraksi di Stadium Wembley tidak lagi memberikan satu kebanggaan buat pemain Tottenham Hotspur, kata pertahanan, Danny Rose.

Spurs telah menjadikan gelanggang rasmi England itu sebagai laman sementara sejak awal musim ini susulan proses pembukaan White Hart Lane yang baru, tergendala.

Jumlah kehadiran penonton seramai 33,012 orang dicatatkan sewaktu Spurs menundukkan Southampton 3-1 kelmarin, sekali gus mencipta angka paling kecil buat Tottenham di Wembley sejak mula menyewa stadium itu.

"Ia tidak lagi bagus," kata Rose.

"Aksi di Wembley telah kehilangan sesuatu dan saya tidak lagi berbangga beraksi di situ.

"Suasana agak suram. Saya bersimpati dengan peminat yang datang jauh untuk ke Wembley tetapi ia adalah jumlah kehadiran paling kecil sejak kami beraksi di situ."

Spurs dijangka mula beraksi di padang baru mereka September lalu tetapi pertemuan menentang Manchester United pada 13 Januari depan dilaporkan bakal menjadi tarikh perasmian.

"Pengendali pasukan, Mauricio Pochettino, berpendapat kami tidak gembira untuk masuk ke padang," tambah Rose.

"Kami kecewa stadium baru memerlukan tempoh lebih lama daripada jangkaan awal tetapi kami tahu semua orang bekerja keras memastikan ia satu penantian yang hebat.

"Tidak lama lagi, kami akan beraksi di padang baru, jadi diharapkan beberapa bulan lagi ia berlaku dan kami bersimpati dengan peminat.

"Kami hanya perlu bersatu ketika ini. Kami tahu ia tidak akan mengambil masa yang lebih lama."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen