Atlet wushu wanita negara, Audrey Chan Yee Jo, berjaya membutirkan satu lagi pingat gangsa buat negara dalam kategori taijijian wanita Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam aksi yang berlangsung di Dewan 5 Menara Berkembar Petronas (KLCC), sebentar tadi.

Audrey mencatat kutipan mata berjumlah 9.64 untuk berada di belakang pememang dari Indonesia, Lindswell kwok, serta wakil Filipina, Agatha Chrystenzen, selepas masing-masing mengutip 9.68 mata dan 9.65 mata.

Bagi acara nangun lelaki, Ho Mun Hua terlepas peluang untuk membutirkan emas kedua daripada wushu untuk hari ini selepas masing-masing terpaksa berpuas hati dengan gangsa.

Persaingan sengit dilihat bagi kategori lelaki selepas Thein Than Oo (Myanmar), Pham Quoc Khanh (Vietnam) dan Mun Hua bersaing rapat sehingga ke aksi terakhir untuk mengutip 9.67, 9.66 dan 9.65 mata.

Sementara bagi kategori nanquan wanita, Diana Bong mengakui rakan sepasukan, Tai Cheau Xuen, beraksi baik dan bertekad untuk bangkit apabila turun beraksi untuk baki acara esok selepas sekadar berada di tempat keempat.

"Tai Cheau Xuen beraksi dengan baik hari ini.

"Kalau dia dapat mempamerkan persembahan lebih baik esok, kami akan
berpeluang untuk meraih pingat.

"Dan saya pula, walaupun hari ini saya meraih tempat keempat namun saya akan berjuang dengan lebih lagi esok untuk mencapai kejayaan," kata Diana.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.