Khaw Jun Lim mengutip pingat keempat buat Malaysia dalam acara wushu hari ini selepas menduduki tangga ketiga kategori daoshu dan gunshu lelaki dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Dewan 5, Menara Berkembar Petronas (KLCC), sebentar tadi.

Atlet wushu negara itu mengutip 19.29 mata keseluruhan untuk berada di belakang pemenang emas dari Singapura, Lim Si Wei, yang mencatat 19.37 mata.

Wakil dari Indonesia, Achmad Hulaefi, membawa pulang perak setelah meraih 19.35 mata untuk berada di kedudukan kedua keseluruhan.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.