Tawfiq bangga pencapaian atlet dari Sabah

Oleh Staff Writer 7 September 2017 364
Tawfiq bangga pencapaian atlet dari Sabah
Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, bangga dengan pencapaian atlet dari Sabah yang menjadi sebahagian daripada kontinjen negara dalam saingan Sukan SEA di Kuala Lumpur, 19-30 Ogos lalu. 

Dalam temasya itu, Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya meraih 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa, sekaligus muncul sebagai juara keseluruhan. 

"Kami sangat berbangga dengan pencapaian atlet-atlet kami yang melaksanakan tugas mereka dengan baik dan kami juga gembira sebahagian atlet berjaya memastikan Malaysia menamatkan temasya berkenaan dengan penuh gemilang. 

"Sehubungan itu, kementerian saya akan memberi pengiktirafan kepada mereka dengan memberi insentif kepada semua yang memenangi pingat," katanya. 

Sementara itu, Tawfiq turut berharap pencapaian ini menaikkan lagi semangat atlet-atlet lain di negeri itu untuk terus berlatih bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan, terutama kepada atlet muda. 

"Kami juga berharap akan dapat mengesan bakat-bakat baharu dalam Sukan Sabah (SAGA) yang bakal berlangsung di Sandakan dari 9 hingga 15 Disember depan."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen